Pengerusinya, Abdullah Mohd. Yusof berkata, karnival itu dijangka mengumpulkan antara 400- 500 pelbagai jenis model Mercedes Benz dari seluruh Malaysia umumnya dan Kelantan khasnya.

“Model klasik dan terkini dari Singapura, Thailand dan Indonesia juga akan dipamerkan di karnival ini.

“Karnival ini terbuka kepada semua yang memiliki kereta Mercedes Benz sama ada baru atau atau lama,” katanya semasa majlis Berbuka Puasa Kelab Benzers, di sini semalam.

Menurut Abdullah, karnival itu diadakan bagi menghimpun pemilik kereta berkenaan sekali gus mengeratkan hubungan mereka.

‘’Banyak yang boleh dibincangkan dan dimanfaatkan apabila bersama dalam kumpulan itu. - UTUSAN ONLINE