Pengarah Jabatan Komuniti dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Saiful Azuar Ahmad Jadi berkata, program yang bertujuan mempromosi salah satu lokasi menarik di Nilai itu akan bermula pada pukul 8 pagi.

"Cabaran sejauh 5 kilometer ini terbuka kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas sahaja dan ini kali pertama ia dianjurkan.

"Yuran penyertaan adalah sebanyak RM60 dan penyertaan terhad kepada 700 peserta terawal. Peserta akan menerima kemeja-T manakala mereka yang berjaya menamatkan larian

akan menerima medal," katanya di sini hari ini.

Saiful Azual berkata, pendaftaran secara manual telah dibuka mulai 22 Julai lalu di Jabatan Taman dan Landskap, Tingkat 1, Pejabat MPN di sini pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalu http://melatifuntrail.mpn.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 06-7989186/012-6091046 (Rodzilah Sharif); 06-7989009/012-3617166 (Mohamad Safwan Rosmi) dan 06-7989189/017-9255166 (Hasbullah Mohamed). - UTUSAN ONLINE