Merakam dan menghasilkan paint light bukanlah sesuatu perkara yang perlu diambil mudah. Ada beberapa tip dan peralatan yang perlu disediakan sebelum melakukan rakaman. Di sini penulis menyenaraikan beberapa tip sebelum rakaman dibuat.

1. LOKASI

Pastikan lokasi untuk membuat rakaman adalah di kawasan lapang seperti padang permainan dan kawasan persekitaran alah gelap dan cahaya sederhana.

2. PERALATAN KAMERA DAN AKSESORI

Selain set kamera peralatan, lain perlu dibawa bagi menjayakan rakaman malam tersebut. Antara alatan tambahan yang perlu dibawa adalah tripod, lampu suluh dan sehelai sapu tangan.

3. BEBERAPA KREW

Beberapa orang krew bantuan diperlukan bagi melicinkan proses rakaman yang akan dilakukan selain bantuan logistik di kawasan rakaman.

4. MENGGUNAKAN TIMER ATAU MODE BULB

Had masa atau timer dalam istilah fotografi boleh digunakan dalam rakaman paint light ini. Timer biasanya telah diprogramkan dalam badan kamera dengan had masa yang ditetapkan Jika anda ingin menggunakan bulb pastikan anda membawa cable release (pelepas kabel) untuk rakaman jangka masa panjang.

5. ISO RENDAH

Pelarasan ISO atau julat cahaya memainkan peranan penting dalam keseluruhan rakaman anda. Disarankan menggunakan ISO rendah di antara julat 100 ke 400 bergantung kepada faktor pencahayaan persekitaran kawasan rakaman yang dilakukan.

6. LENSA SUDUT LUAS DAN APERTURE KECIL

Lensa sudut luas (wide angle lens) hendaklah digunakan untuk rakaman tersebut. Lensa ini berfungsi untuk memberi gambaran keseluruhan ruang persekitaran dan tidak menghadkan pergerakan anda untuk melakukan paint light.