Antara perubahan-perubahan kecil itu adalah pelindung hon, pencedok udara kiri dan kanan, kowl bawah serta reka bentuk meter laju.

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan, model 135 LC terbaharu masih mengekalkan enjin bersesaran 135 cc klac automatik, penyejukan cecair dan empat lejang SOHC.

Ada tiga warna baharu lebih menyerlah dan ‘garang’ iaitu Fiery Red (merah), Storm Blue (biru) dan Comet Grey (kelabu) untuk pilihan pembeli.

Harga ditawarkan RM6,868 tidak termasuk insurans dan pendaftaran selain pengunci cakera bagi setiap pembelian. - UTUSAN ONLINE