Semasa berhenti di lampu isyarat merah, ramai yang menjeling. Kalau di kawasan letak motosikal, ramai yang datang dekat bertanya. Nak pula otai berusia 60 tahun ke atas, lagi lamalah dia bercerita.

WARNA garang banana yellow antara yang ditawarkan kepada pembeli.
WARNA garang banana yellow antara yang ditawarkan kepada pembeli. 

Maklumlah jentera Honda ini mengingatkan mereka kepada zaman kanak-kanak dan remaja dahulu. Cuma ketika itu, kapasiti enjinnya jauh lebih kecil. 

Motosikal mini ini mula dikeluarkan untuk kegunaan di atas jalan raya pada 1963. Ciri-ciri vintaj yang ada padanya masih dikekalkan untuk model terbaharu ini tapi diberi penambahbaikan dari segi spesifikasi moden.

LAMPU depan jenis LED membolehkannya dilihat dari jauh.
LAMPU depan jenis LED membolehkannya dilihat dari jauh. 

Antaranya lampu depan dan belakang utama jenis diod pemancar cahaya (LED), panel meter paparan cecair kristal digital (LCD), ruang simpanan untuk perkakasan kecil dan sistem penggera. Itulah sebabnya motosikal ini nampak unik.

Lebih-lebih lagi ada bahagian-bahagian tertentu seperti ekzos diselaputi krom, ditambah pilihan warna-warna garang iaitu banana yellow (kuning), pearl nebula red (merah) dan pearl glittering blue (biru) Justeru tanggapan mengatakan motosikal ini hanya sesuai untuk pergi masjid ternyata salah! Budak-budak hipster pun boleh guna, tak seganlah.

Video oleh ZABRY MOHAMAD MADZLAN

Dipasang enjin empat lejang berkapasiti 125 cc, silinder tunggal, penyejukan udara serta empat gear kelajuan, ia menghasilkan kuasa maksimum 6.66 kilowatt (kW) pada 7,000 rpm dan daya kilas maksimum 10.5 meter Newton (Nm) pada 5,500 rpm.

EKZOS diselaputi krom menjadikannya nampak lebih garang.- UTUSAN/ADIB
EKZOS diselaputi krom menjadikannya nampak lebih garang.- UTUSAN/ADIB YAHYA

Tidaklah laju. Kelajuan maksimum yang saya mampu capai setakat 101 kilometer sejam (km/jam) sahaja. Itu pun tidak lama, meter sekejap catat 101, sekejap 100, sesaat kemudian tukar 101, selepas itu kembali 100 km/jam.

PANEL meter LCD memudahkan penunggang membaca maklumat diperlukan.
PANEL meter LCD memudahkan penunggang membaca maklumat diperlukan. 

Seolah-olah cukup ‘terseksa’ diperah untuk membawa saya yang berat hampir 90 kilogram! Sememangnya ini bukanlah motosikal untuk ditunggang laju tetapi lebih kepada keseronokan. Tidak perlu serius, santai-santai sahaja.

Mereka yang baru belajar nak bawa motosikal klac, sesuai sangat dengan Monkey.

SUIS pada bar hendal mudah dicapai jari. UTUSAN/ADIB YAHYA
SUIS pada bar hendal mudah dicapai jari. UTUSAN/ADIB YAHYA 

Dengan panjang 1,712 milimeter (mm), lebar 754 mm, tinggi tempat duduk 776 mm dan berat 105 kg., jentera ini amat mudah dikendalikan. Ia terbukti cukup praktikal di dalam bandar.

Tiada masalah nak mencelah dan mencilok deretan kenderaan semasa kesesakan lalu lintas. Tidak cukup jalan raya, nak panjat pembahagi jalan pun boleh sebab kelegaan lantainya adalah 160 mm, pasti tak ‘sangkut’.

LAMPU belakang jenis LED memastikan motosikal mudah dilihat dari
LAMPU belakang jenis LED memastikan motosikal mudah dilihat. -UTUSAN/ADIB YAHYA

Kalau ada rumput dan laluan berpasir di tepi jalan pun boleh redah dengan fork terbalik dan tayar depan bersaiz 120/80, belakang 130/80 serta bunga bercorak lebar, macam motosikal off-road.

Saya turut mencuba Monkey melalui jalan lama dari Batu 14, Hulu Langat ke pekan Semenyih di Selangor. Ternyata jentera ini tidak mengecewakan ketika mendaki laluan curam dan berselekoh.

DIPASANG enjin empat lejang 125 cc. UTUSAN/ADIB YAHYA
DIPASANG enjin empat lejang 125 cc. UTUSAN/ADIB YAHYA 

Kuasa enjinnya sudah memadai dan cukup meyakinkan tatkala mahu memotong kenderaan. Terasa cukup relaks dan mendamaikan sambil menikmati kehijauan di kiri-kanan jalan. Sesuai untuk lari daripada hiruk-pikuk kota metropolitan sambil menghilangkan stres!

Meskipun cilik, itu bukan bermakna Monkey tidak selesa ditunggang terutama mereka yang tinggi lampai dan mempunyai kerangka tubuh besar. Ini kerana ia dipasang tempat duduk lebar dan empuk, tetapi ada pro dan kontra.

RUANG simpanan boleh memuatkan perkakasan seperti pemutar skru
RUANG simpanan boleh memuatkan perkakasan seperti pemutar skru 

Yang tidak seronoknya, ia hanya muat untuk seorang, bermakna tidak boleh bawa pembonceng. Yang seronoknya pula, lelaki yang nak pergi ride dengan Monkey, gerenti senang dapat ‘visa’ daripada pasangannya tidak kiralah isteri, tunang atau kekasih masing-masing sebab mereka tahu kita tidak boleh bawa chikaro!

LAMPU depan utama jenis LED. - UTUSAN/ADIB YAHYA
LAMPU depan utama jenis LED. - UTUSAN/ADIB YAHYA 

Dari segi penggunaan bahan api, cukup jimat. Dengan kapasiti tangki 5.6 liter, Monkey mampu ditunggang sejauh kira-kira 300 km.

Ditawarkan pada harga jualan RM13,999, kita bukan setakat memperoleh Monkey, malah memiliki ikon dan legasi motosikal mini Honda ini.

Boleh tonton video yang saya sediakan di www.utusan.com.my.