Ini kerana kebanyakan kenderaan dengan sistem hibrid merupakan kereta tapi kali ini jentera dua roda pula. Lebih istimewa lagi, model ini adalah motosikal pertama di Malaysia yang digerakkan dengan enjin kuasa petrol dibantu motor elektrik untuk daya pecutan tambahan. Ia dilengkapi enjin empat lejang berkapasiti 150 cc dengan motor elektrik yang dijana oleh bateri ion litium berkuasa tinggi.

SENANG mencilok dan mencelah. UTUSAN/HAFIZ JOHARI
SENANG mencilok dan mencelah. UTUSAN/HAFIZ JOHARI 

Tangkas

Terdapat tiga mod tunggangan yang saya boleh pilih mengikut kesesuaian keadaan iaitu drive (D), sports (S) dan idling off. Mod D memberikan keselesaan dari segi tunggangan selain menjimatkan petrol. S pula untuk tunggangan lebih agresif. Kedua-dua mod ini mempunyai idling stop system (ISS) yang mana enjin akan berhenti secara automatik setiap kali motosikal berhenti di lampu isyarat merah atau simpang jalan. Enjin akan hidup semula apabila pendikit dipulas. Manakala mod idling off sama seperti D dan S, cuma ISS tidak diaktifkan. Mod ini lebih sesuai untuk tunggangan santai.

BENTUK lampu belakang yang unik.
BENTUK lampu belakang yang unik. 

Laju ke? Nak kata cukup berkuasa, tidak juga. Enjin PCX Hybrid mempunyai kuasa maksimum 10.8kW pada 8,500 rpm dan daya kilas 13.6 Nm pada 6,500 rpm, manakala motor elektrik menyediakan kuasa maksimum 1.4 kW (3,000 rpm) dan daya kilas maksimum 4.3 Nm (3,000 rpm).

DIPASANG sistem kunci pintar.
DIPASANG sistem kunci pintar. 

Dengan kuasa sebegini di lebuh raya, saya mampu tunggang sehingga 115 kilometer sejam (km/j). Tapi di dalam bandar, sistem hibrid mampu memberikan pecutan tambahan setiap kali pendikit dipulas. Memanglah ia tidak setanding kapcai model-model baharu lain, tapi setakat nak mencabar boleh saja! Pulas saja pendikit, meluncur ia ke depan. Lebih-lebih lagi jika guna mod S. PCX Hybrid mampu membuntuti mereka ketika ‘mencilok’ dan mencelah deretan kenderaan. Bikin ‘panas’ saja!

Kalau digantikan sistem brek bergabung (CBS) hydraulic single disc (depan) dan mechanical leading trailing (belakang) sedia ada dengan sistem brek antikekunci (ABS), pasti lebih meyakinkan.

Layan

Bukan setakat dalam bandar, jentera ini juga menyeronokkan di selekoh. Dengan suspensi te­leskopik di depan dan berkembar di belakang, ditambah tayar depan bersaiz 100/80 dan belakang 120/70, ia stabil. Nak cecah lutut atau siku memang mustahil sebab semua sedia maklum kemampuan skuter di selekoh. Tapi setakat selekoh Gohtongjaya dan Awana di Genting

RUANG penyimpanan berkapasiti lapan liter.
RUANG penyimpanan berkapasiti lapan liter. 

Highlands, layan jugalah. Tak segan dengan abam-abam ‘motor besar’!

Canggih

PCX Hybrid merupakan model mesra alam sekitar dengan kuasa peningkatan pintar (eSP) yang mengoptimumkan kecekapan bahan api tapi pada masa sama menyediakan prestasi tinggi.

Ia juga dipasang sistem kunci pintar yang tidak memerlukan penunggang membawa kunci ke mana-mana, cukup sekadar alat kawalan remote.

Selain itu, jentera ini menampilkan ciri-ciri praktikal antaranya lampu diod pemancar cahaya (LED), panel meter digital, soket mengecas gajet dan ruang penyimpanan berkapasiti lapan liter di bawah tempat duduk selain kompartmen mini berhampiran bar hendal.

Praktikal

Ditawarkan pada harga RM13,499, PCX Hybrid menampilkan warna menarik iaitu Pearl Dark Night Blue.

Bagi saya, PCX Hybrid cukup praktikal untuk kegunaan harian dalam bandar. Untuk berulang-alik ke tempat kerja sangat menjimatkan. Kurang sikit belanja ketika berdepan kos sara hidup yang kian meningkat!

ENJIN

Silinder tunggal, penyejuk cecair, SOHC 4-Lejang 2 injap, 149.32 cc

Bor x Lejang - 
57.300 mm x 57.907 mm

Nisbah mampatan - 10.6:1

Kuasa maksimum - 
10.8 kW/8,500 rpm

Daya kilas maksimum - 
13.6 Nm/6,500 rpm

 

SISTEM 
BAHAN API

PGM-Fi

Kapasiti 
tangki - 
8 liter

 

SISTEM ELEKTRIKAL

Penghidup elektrik automatik

Kapasiti bateri - 5 A.h

Pengeluaran ACG - 12 V

 

CESI

Dimensi - 1,923 mm (panjang) X 745 mm (lebar) X 1,107 mm (tinggi)

Jarak roda -1,313 mm

Tinggi tempat duduk -764 mm

Kelegaan lantai - 137 mm

Berat -134 kg

 

PEMACU

Klac - automatic centrifugal clutch dry type

Transmisi - automatik 
(V-Matic)

 

SUSPENSI

Depan teleskopik, belakang berkembar

Saiz rim depan - 
14 M/C x MT2.15

Saiz rim belakang - 
14 M/C x MT3.50

Tayar depan - 
100/80 14 M/C (48P)

Tayar belakang - 120/70 14 M/C (61P)

Brek - depan cakera tunggal hidraulik, 
belakang mechanical leading trailing