Sejak itu, dari 2006 hinggalah akhir 2018, Mercedes-Benz C Class telah mengalami perubahan yang drastik. Daripada lampu `kacang’ sehinggalah lampu petak, imej yang ditampilkan sentiasa segar dan mengikut zaman.

Ya, harus diakui sebagai sebuah kereta Eropah yang premium, pemilikan Mercedes-Benz sentiasa menjadi impian. Ini kerana ia bukan sebagai sebuah kereta yang membawa penumpang, tetapi ia membawa imej dan ego pemiliknya.

Mercedes-Benz C 300 
AMG Line

Mula memasuki kokpit kereta ini, satu perkara yang anda perlu tahun gearnya ialah pada stereng. Untuk kereta Jepun, tuil signal dan lampu pada kanan. Tetapi untuk Mercedes-Benz, itulah tuil gear.

Sistem kokpit C Class ini adalah mesra digital. Tidak banyak butang pada papan pemukanya. Ia adalah intuitif dan mudah dikawal sebagai telefon pintar. Kluster instrumen digital membolehkan visualisasi data memandu.

Terdapat butang mod pemanduan di konsol tengah meliputi jenis Economy, Comfort, Sport, dan Sport +. Segala corak pemanduan akan dipaparkan di skrin multimedia paparan definisi tinggi 10.25 inci.

Dengan kata lain, segala butang kawalan untuk memudahkan pemanduan terdapat pada stereng sporty yang dibalut kulit premium.

Kereta ini bukan sahaja meng­utamakan kuasa, tetapi mempromosikan kesejahteraan pemandu kesejahteraan pemandu menerusi sistem kawalan keselesaan energizing pili­han. Lampu, bunyi dan aroma digabungkan dengan sentuhan butang untuk mendamaikan mood penumpang.

Pencahayaan lampu ambien sehingga 64 warna pada sisi pembuka pintu dan tempat meletak tangan mewujudkan rasa selesa pada pemanduan di malam hari.

  • Kemasan luaran

Melihat fizikalnya, nyata ia sebuah sedan sukan. Wajah baharu C Class ini menggabungkan emosi bersama kepintaran. Tumpuan kepada reka bentuk lampu hadapan dan belakang. Reka bentuk lampu disegarkan dengan garisan kontur yang futuristik.

Lampu depan jenis LED multibeam. Ia seperti gabungan susunan blok lampu. Ini menghasilkan pencahayaan yang jelas. Namun untuk lampu tinggi yang boleh dilaraskan secara automatik tampak gagal untuk merendahkan cahaya ketika adanya kenderaan dari arah bertentangan.

Garisan sisi pada badannya agak tegap dengan bonet hadapan yang rata dan tinggi. Manakala boner belakangnya pula agak rendah untuk aliran aerodinamik rintangan angin. Tiada keraguan dari segi fizikal luarannya.

  • Ujian jalan raya

Sebagai sebuah jentera Eropah yang terkenal dengan gaya eksklusif dan premium, sudah tentu penulis mengharapkan pemanduan yang melangkaui jangkaan.

Laluan pilihan ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Oleh kerana hari hujan, maka keseronokan agak terjejas sedikit.

Mercedes-Benz C 300 AMG Line ini didatangkan dengan enjin 2 liter empat silinder yang menghasilkan kuasa maksimum 258hp dan kuasa kilas maksimum 370 Nm. Memijak pedal pendikit dengan agresif menghasilkan daya G yang mengujakan. Jentera ini mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) pada 5.9 saat dan kelajuan maksimum 250 km/j.

Ketika memecut secara agresif, terasa tubuh ditarik ke belakang. Seronok rasanya. Kombinasi kuasa maksimum 258hp dan transmisi 9G-Tronic iaitu 9 kelajuan menjadikan ia jentera yang seronok dipandu.

Walaupun dengan memandu laju, namun ciri-ciri keselamatan amat banyak untuk melindunginya. Misalnya Bantuan Kekalkan Laluan Aktif (ALKA) yang memberi amaran dengan getaran pada stereng apabila jentera terkeluar daripada laluan atau lorong pada kelajuan 60 hingga 200 km/j.

Jika jentera berterusan keluar daripada laluan, misalnya laluan kiri, sistem itu akan menekan brek di sebelah kanan untuk mengembalikan ke laluan yang betul.