Ketua konvoi, Rosli Mat Nor berkata, ekspedisi yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh kira-kira 1,200 kilometer itu  meliputi empat buah negeri iaitu Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya,  antara lokasi persinggahan sambil menjalankan aktiviti kemasyarakatan ialah Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah, Bukit Katil, Melaka dan Rumah kebajikan Anak-Anak Yatim Ummu Zainab Raub, Pahang.

Menurutnya, menerusi program anjuran biro agama dan tugas khas, sukan dan kebajikan Kesukes Besut itu diharap memberi peluang  kepada ahli untuk menyumbangkan tenaga serta wang ringgit  bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik.

“Sambil  melakukan kegiatan dan sambil beriadah ini, Kesukes Besut berharap cara ini menjadi  jambatan atau penghubung dengan  anggota masyarakat  di luar daerah Besut dan negeri Terengganu.

" Sebenarnya banyak perkara positif yang boleh  dipelajari menerusi  konvoi ini yang turut menguji kesabaran dan kerjasama sesama ahli terutama ketika berada di jalan raya,” ujarnya.

Majlis pelepasan dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera negeri Terengganu itu disempurnakan  oleh Pegawai Kesihatan Daerah Besut, Dr. Razan Abd. Samad. - UTUSAN ONLINE