Kenderaan ini yang dibawa dalam versi BMW X7 xDrive40i Pure Excellence ditawarkan pada harga RM888,800 sebuah.

Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, BMW X7 yang pertama ini lebih menyerlah, merupakan perkembangan sistematik portfolio model BMW X dan menjadi antara faktor utama dikenal pasti oleh BMW Group untuk menjamin pertumbuhan yang sihat dalam pasaran kereta dunia pada masa akan datang.

BMW X7
Bahagian dalaman BMW X7. 

Menurutnya, model-model BMW X dikategorikan sebagai model yang tersohor dalam portfolio BMW dan berjaya mencatat jualan lebih 5 juta buah di pasaran antarabangsa sejak ia diperkenalkan.

“Di Malaysia, kenderaan BMW X mencatat jualan lebih 5,000 buah pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bahagian belakang BMW X7 yang nampak begitu seksi dan kemas.
Bahagian belakang BMW X7 yang nampak begitu seksi dan kemas. 

Pemilik BMW X7 yang pertama ini akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia.

Antaranya, waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun serta Program Servis Berjadual Percuma; program waranti tayar bertempoh 2 Tahun/24 Bulan untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’.

Turut disediakan ialah bantuan tepi jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW; aplikasi mudah alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW White Card dan servis dalam talian BMW.