Semua peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta bergambar beramai-ramai.
Semua peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta bergambar beramai-ramai. 

Malah, keadaan laut yang agak bergelora dan berdepan masalah teknikal menyebabkan program untuk mencipta Guinness World of Records bagi tujuan pemeliharaan serta pemuliharaan terumbu karang hampir-hampir ditunda.

Sebahagian peserta bersiap sedia untuk memulakan aktiviti penurunan kerangka tukun
Sebahagian peserta bersiap sedia untuk memulakan aktiviti penurunan kerangka tukun 

Pengarah Program Kelab Legasi Selam Skuba Malaysia, Wan Raysha Noraz Mustaffa Khalid berkata, walau bagaimanapun, percubaan peringkat pertama membabitkan lebih 300 daripada 1,007 kerangka tukun dan 2,400 karang itu disifatkan hampir berjaya dan akan diteruskan pada tahun hadapan.

“Percubaan ini perlu melalui beberapa peringkat dan mengambil masa sebelum boleh diiktiraf. Namun, apa yang penting bagi kami adalah matlamat untuk menjaga ekosistem dan hidupan marin yang rosak bukan hanya di­sebabkan manusia, tetap turut disebabkan pemanasan global.

Semua peserta yang terlibat bergambar di hadapan sebuah pesawat C-130H.
Semua peserta yang terlibat bergambar di hadapan sebuah pesawat C-130H. 

“Sebab itu kami mengambil inisiatif melaksanakan program ini dan bekerjasama dengan agensi kerajaan supaya matlamat tercapai dan berjaya memelihara ekosistem marin di banyak kawasan di seluruh negara,” katanya. - UTUSAN ONLINE