Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Chai Tung berkaata, bagi mencapai sasaran tersebut, pihaknya akan menggalakkan lebih ramai pemain industri mewujudkan pakej pelancongan yang lebih menarik bagi menarik minat kehadiran pelancong ke negeri ini.

"Selain memperkenalkan pakej pelancongan yang lebih baik, kita juga akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Belia dan Sukan bagi tujuan promosi bersempena penganjuran Sukma 2020," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pra Pelancaran Tahun Melawat Johor 2020 di sini hari ini.

Cai Tung berkata, kerajaan negeri akan memperkenalkan logo serta maskot bagi Tahun Melawat Johor 2020 pada majlis pra pelancaran kempen tersebut di Paradigm Mall, di sini pada Sabtu ini.

Katanya, dalam majlis tersebut, pihaknya akan turut mengumumkan 20 festival dan 20 destinasi pelancongan menarik yang akan diberi tumpuan pada kempen Tahun Melawat Johor 2020 bagi menarik kehadiran pelancong.

"Kita akan mempromosikan destinasi pelancongan baharu di seluruh daerah di negeri ini agar tumpuan para pelancong tidak tertumpu kepada tempat menarik di Johor Bahru sahaja," katanya.-UTUSAN ONLINE