Selain lokasinya yang tidak terlalu jauh dari Malaysia iaitu kira-kira lima setengah jam melalui penerbangan, Australia juga terkenal sebagai sebuah negara yang mesra Muslim terutama di Perth yang terletak di kawasan barat negara itu.

Perth dengan komuniti Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan. Masjid-masjid di sana dikatakan sudah wujud sejak 1905.

ZAHIRIL ADZIM sekeluarga bergambar di taman A Mazen.
ZAHIRIL ADZIM sekeluarga bergambar di taman A Mazen.

Bukan sahaja restoran halal mudah ditemukan, malah terdapat restoran yang menyediakan masakan tradisional Melayu.

Perth sememangnya lokasi terbaik untuk percutian sekeluarga terutama mereka yang menitikberatkan soal persekitaran mesra Muslim.

Bagi mereka yang berminat ke sana, AirAsia X kini menawarkan penerbangan ke Perth secara langsung dari Kuala Lumpur setiap hari serendah RM299 sehala.

Syarikat penerbangan tersebut turut menyediakan pakej penerbangan dan penginapan selama lima hari dan empat malam daripada hanya RM1,399 seorang termasuk cukai.

Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, AirAsia turut menyediakan tempat duduk Premium Flatbed tanpa tag harga Premium daripada hanya RM1,190 dengan faedah seperti elaun bagasi 40 kilogram, makanan, akses ke Premium Red Lounge, hiburan dalam penerbangan Xcite serta keutamaan daftar masuk dan menaiki pesawat.

Ikuti catatan perjalanan pasangan selebriti, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob bersama anak mereka, Nadi Anaqi di Perth baru-baru ini untuk mengetahui destinasi-destinasi menarik di situ.

1. Caversham Wildlife Park, Swan Valley

Terletak 25 minit perjalanan dari bandar Perth, Swan Valley merupakan salah satu lokasi wajib dikunjungi ketika berada di sana.

Salah satu tarikan utamanya adalah Caversham Wildlife Park kerana di situ pengunjung berpeluang berinteraksi bersama hidupan liar seperti koala dan kanggaru.

Taman itu beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang setiap hari kecuali pada Hari Natal.

Antara kemudahan yang disediakan di Caversham Wildlife Park adalah laluan berjalan kaki, taman permainan, kolam, gerai makanan dan kawasan perkelahan dengan kelengkapan barbeku.

Taman tersebut turut menyediakan kemudahan seperti surau dan kios makanan halal termasuk masakan tradisional Melayu.

2. House of Honey, Swan Valley

Satu lagi tarikan di Swan Valley ialah House of Honey yang menjual madu asli dari barat Australia dengan harga berpatutan.

Antara keistimewaan madu asli di situ adalah ia diambil terus dari sarang lebah tanpa melalui proses pempasteuran.

Antara madu asli yang terkenal dan mendapat banyak permintaan ialah Jarrah dan Redgum.

House of Honey dibuka pada pukul 10 pagi hingga 5 petang setiap hari.

3. Morrish Nuts, Swan Valley

Bagi penggemar kekacang dan manisan, Morrish Nuts di Swan Valley menyediakan produk-produk berkualiti yang boleh dibawa pulang ke tanah air sebagai buah tangan.

Kekacang dan manisan di situ menjanjikan kelainan serta mempunyai keunikan tersendiri kerana dihasilkan menggunakan resipi tempatan.

Antara pilihan kekacang di sini adalah almond, cashew, macadamia, mixed nuts, peanuts dan banyak lagi.

Morrish Nuts beroperasi setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 5 petang.

4. Mandurah

Terletak hanya sejam dari Perth, Mandurah terkenal dengan laluan airnya serta atmosfera percutian yang santai.

Restoran, kedai kraftangan dan galeri seninya dibina dikeliling air biru Mandjar Bay.

Tarikan utama di sini ialah menaiki Mandurah Cruise untuk menyaksikan sendiri ikan lumba-lumba di lautan terbuka.

Selepas mengikuti pelayaran bersama ikan lumba-lumba, pengunjung boleh singgah di muara Peel-Harvey untuk menyaksikan panorama yang pastinya memukau pandangan.

Di Mandurah, pengunjung juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti lain bersama keluarga seperti memancing dan menjamu selera dengan makanan laut yang segar.

5. A Maze’n, Margaret River

Selepas menikmati pemandangan laut, tiba masanya ke pemandangan yang lebih kehijauan di Margaret River.

Menariknya mengenai Margaret River adalah ia menempatkan A Maze’n iaitu taman ‘pagar sesat’ seluas lima hektar.

Selain mencabar diri melalui pagar sesat itu, pengunjung juga berpeluang melakukan akvititi lain yang menyeronokkan seperti teka suai-jodoh (jig-saw puzzle), catur gergasi, golf mini dan banyak lagi.

A Maze’n mula beroperasi pada pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Jumaat.

6. Busselton Jetty, Margaret River

Kunjungan ke Margaret River tidak lengkap tanpa singgah sebentar di Busselton Jetty yang terletak di hujung utara Margaret River.

Jeti itu dibina untuk tempat hidupan laut ‘berteduh’ dan pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana hidupan laut membiak di situ melalui tinjauan bawah laut.

Busselton Jetty juga merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bersama keluarga sambil menikmati panorama matahari terbenam.

7. Vesse Virgin, Margaret River

Jika berada di Margaret River, jangan lupa tambah Vasse Virgin dalam senarai untuk dilawati terutama bagi golongan wanita.

Di situ, pengunjung berpeluang melawat kilang pembuatan produk penjagaan kulit organik yang berasaskan minyak zaitun asli. Vasse Virgin beroperasi setiap hari bermula pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang, kecuali pada Hari Natal dan Tahun Baharu.

8. Wonky Windmill Farm & Eco Park

Bagi yang ingin merasai persekitaran desa di Australia, bolehlah berkunjung ke Wonky Windmill dengan memandu selama tiga jam dari Perth.

Tempat yang cukup serasi untuk bermesra dengan hidupan alam, ladang seluas 52 hektar ini dipenuhi dengan haiwan ternakan seperti llama, biri-biri dan ayam. Di Wonky Windmill juga terdapat ladang buah-buahan seperti epal dan oren dan jika bertuah, pengunjung boleh memetik sendiri buah-buahan segar tersebut.

Wonky Windmill Farm & Eco Park beroperasi pukul 10 pagi hingga 4 petang setiap hari kecuali pada Hari Natal dan Tahun Baharu.

9. Rottnest Island

Rottnest Island yang terletak kira-kira 25 minit dengan menaiki feri dari Perth merupakan sebuah pulau kecil yang bebas kereta, dihiasi dengan 63 pantai dan 20 teluk yang indah dengan terumbu karang dan bangkai kapal.

Di daratan pula, pengunjung boleh berinteraksi dengan haiwan marsupial dan quokka yang hanya boleh ditemui di barat Australia.

Layari airasia.com/perfectperth sekiranya anda berminat untuk merasai pengalaman percutian di Perth.