Lebih menarik lagi jika hotel berkenaan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan daripada restoran, kolam renang, gimnasium sehinggalah spa. Inilah antara trend yang berlaku sekarang. Tidak dinafikan ada pelancong yang cenderung menikmati alam semula jadi atau laut terbentang luas tetapi jangan lupa, ada pelancong yang mahu menghabiskan percutian mereka di bandar-bandar besar.

Justeru, tidak hairanlah jika Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Putra, Chow Kit, Kuala Lumpur menjadi salah satu lokasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Berdasarkan lokasinya yang strategik iaitu bersambung dengan kompleks membeli belah Sunway Putra Mall dan berdepan dengan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hotel ini dianggap paling sesuai untuk didiami sekiranya anda ingin meneroka ibu kota metropolitan Kuala Lumpur.

Bersebelahan stesen Transit Aliran Ringan (LRT), hotel lima bintang itu turut menawarkan pilihan bilik yang terbaik dengan pemandangan terbaik Kuala Lumpur. Menerusi jendela bilik, anda dapat menyaksikan rona bandar Kuala Lumpur dan Menara Kuala Lumpur yang tersergam indah.

Hotel Sunway Putra juga terkenal dengan restoran-restoran hebat yang menyediakan pelbagai hidangan paling lazat di ibu kota. Antara restoran terkenalnya ialah Coffee House yang menyajikan makanan tempatan dan antarabangsa. Mulai minggu ini Coffee House menawarkan bufet makan malam hidangan barbeku dan makanan laut berharga RM88 pada Jumaat dan RM98 pada Sabtu.Restoran Gen Japanese pula menawarkan pilihan makanan Jepun terbaik dengan berlatar belakangkan keindahan bangunan-bangunan tertinggi Kuala Lumpur. Jika merancang ke bandar Cheras, Kuala Lumpur, anda boleh menginap di Hotel Sunway Velocity yang turut bersambung dengan pusat beli belah Sunway Velocity. Terletak di kawasan strategik di persimpangan Jalan Cheras dan Jalan Peel, hotel ini terletak kira-kira 3.8 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Hotel ini berdekatan dengan jaringan pengangkutan awam, yang melibatkan LRT dan dua stesen Transit Aliran Massa (MRT) bawah tanah, Maluri dan Cochrane. Kedua-dua hotel ini benar-benar umpama sebuah lagenda kontemporari yang terletak di tengah-tengah ibu kota.