Walaupun jumlah hormon dan bahan kimia dalam makanan bukan organik adalah kecil, kajian menunjukkan ia masih boleh menjejaskan pertumbuhan neurologikal dan tingkah laku jika anak-anak terdedah dalam jangka masa yang panjang.

Malah wujud juga kaitan di antara pendedahan racun serangga terhadap maklum balas refleks neonatal, psikomotor, perkembangan mental serta gangguan hiperaktif yang boleh mempengaruh tahap tumpuan kanak-kanak.

Selain itu, wujudnya keperluan untuk menukar diet anak-anak anda kepada makanan organik adalah untuk mengurangkan pendedahan terhadap organofosfat, sejenis racun serangga neurotoksik yang boleh menyebabkan aktiviti dalam sistem saraf pusat dan periferal menjadi lebih pasif dalam kadar yang signifikan. Bahan ini boleh didapati dalam banyak makanan bukan organik yang dikomersialkan.

Rasional untuk memilih diet yang lebih organik terutama bagi kanak-kanak sememangnya jelas. Salah satu strategi yang efektif untuk ibu bapa praktikkan adalah memupuk tabiat makan makanan sihat sejak dari usia kecil terutama sekali makanan organik.

Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Kaedah ini memerlukan pendekatan yang kreatif daripada ibu bapa yang akhirnya boleh membantu anak-anak untuk lebih cenderung kepada makanan yang lebih baik sekali gus memastikan mereka sentiasa memilih makanan sihat.

Alce Nero, jenama peneraju dalam kalangan pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan kesihatan hadir bagi membantu ibu bapa memulakan tabiat pemakanan sihat, organik dan sedap menerusi Pasta Alphabet Organik dan Pasta Vehicle Organik yang sangat baik dan comel.

Pasta Organik Alce Nero untuk kanak-kanak mengandungi kepingan huruf sayur bayam hijau dan tomato merah kering yang organik. Kanak-kanak menggemari huruf-huruf berwarna dan seronok menyusun sebelum memakannya tanpa menghiraukan sayur-sayuran yang ada di dalamnya.

Lama-kelamaan, mereka akan menyukai makanan organik dan tidak lagi takut untuk makan sayur-sayuran. Minda mereka juga akan dirangsang dan boleh mengenali huruf-huruf yang pastinya membantu meningkatkan kemahiran membaca. Makan secara sihat dan mulakan kemahiran membaca dengan pasta organik untuk kanak-kanak Alce Nero.

Sememang–nya kanak-kanak gemar menikmati pasta dengan sos tomato. Oleh itu, Alce Nero menawarkan makanan organik yang mesra kanak-kanak. Untuk menyediakan Pasta Alphabet Organik Alce Nero, ikut sahaja arahan yang disediakan dan pada masa sama panaskan sos tomato pasta Alce Nero dalam periuk.

Bergantung kepada penerimaan anak-anak terhadap sayur-sayuran organik dan protein, tambah bahan-bahan yang mereka suka. Kemudian, letakkan sos ke atas pasta berkenaan. Anda juga boleh meletakkan sedikit keju di atas hidangan yang enak ini dan lihat wajah ceria anak anda.

Mahu menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan, ibu bapa boleh berseronok bersama anak-anak dengan meminta mereka mengeja perkataan menggunakan huruf-huruf atau mengenal pasti kenderaan berbeza yang membentuk pasta berkenaan. Mereka pasti gembira dengan aktiviti tersebut sambil menikmati pasta yang dapat membantu mereka membentuk tabiat makan makanan organik sejak usia muda selain mengukuhkan mesej bahawa makanan organik juga sedap dan menyeronokkan.

Ibu bapa di Malaysia kini boleh menggunakan produk Alce Nero dengan yakin kerana telah disahkan halal oleh badan persijilan rasmi yang diiktiraf Jakim.

Untuk resipi makanan yang sihat, unik dan organik yang boleh anda nikmati bersama si kecil, sila layari laman web https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.