Justeru, peralatan kamera seperti tripod, pelepasan jauh (remote release), filter dan kad hitam perlu dibawa. Pilih sudut pandangan yang mana anda boleh merakam paparan bunga api tanpa terhalang. Sebagai contoh merakam gambar bunga api di kawasan tasik boleh memberikan pantulan yang cantik.

Sebaik-baiknya carilah (recce) lokasi lebih awal supaya memudahkan tugas merakam imej bunga api di saat ia ditembak ke udara. Di saat itu jurufoto yang bertugas perlu bersedia. Juga perlu dipastikan lokasi rakaman mempunyai latar depan yang kuat atau tanah tinggi bagi menghindari sebarang imej yang tidak dikehendaki.

Merakam bunga api mempunyai ukuran percubaan. Jadi teruskan merakam sehingga anda mendapatkan imej yang sempurna. Tetapkan kamera anda ke mod Bulb dan tetapkan f/8-f/16 untuk depth-of-field yang baik dengan ISO yang rendah.

Fokus dahulu secara auto selepas mendapat kepastian objek yang anda ingin rakam dan tukarkan pelaras pada lensa kepada manual. Apabila bunga api mula meletup, lepaskan pengatup (shutter). Biarkan pengatup dibuka selama beberapa saat untuk merakam pecahan bunga api dan tekan pelepasan untuk menamatkan pendedahan.

Sekiranya anda ingin mengekalkan pendedahan bagi membidik pelbagai jenis bunga api dalam tempoh masa sama, berhati-hati ketika meletakkan sekeping kad hitam ke atas lensa di antara letupan untuk meminimumkan risiko pendedahan.

Pilih sudut pandangan yang mana anda boleh merakam paparan bunga api tanpa terhalang.