Impak atau kesan latar belakang dalam rakaman sudut aras mata mempunyai perbezaan dari sudut atas. Ini kerana dalam sudut ini pemisahan subjek dan latar belakang bergantung kepada jarak (distance) rakaman.

Pada sudut ini juga kebiasaannya pemerhatian dalam pemilihan latar belakang yang sesuai amat diperlukan bertujuan menguatkan subjek supaya keseluruhan rakaman nampak seimbang walaupun jurufoto tidak menggunakan lensa telefoto seperti mana yang digunakan oleh jurufoto profesional.

Namun begitu dalam merakam subjek bergerak adakalanya teknik panning (salah satu teknik fotografi yang digunakan untuk membekukan gerakan pada benda yang bergerak) perlu diaplikasikan bagi mengelakkan kecelaruan pada latar belakang gambar yang dirakam. Sebagai contoh menggunakan teknik panning ini terhadap subjek dalam acara-acara sukan yang bergerak laju seperti larian, terjun mahupun sukan bermotor.

Di sini penulis berkongsi empat keping foto sukan hasil bidikan jurufoto Kumpulan Utusan ketika mereka ditugaskan merakam beberapa acara sukan.