Pengarahnya, Datuk Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, kes influenza yang berlaku di hospital berkenaan adalah terpencil dan dikategorikan sebagai demam selesema bermusim.

"Tiada wabak influenza di HTAN Kuala Pilah. Orang ramai tidak perlu khuatir.

"Mesej yang disebarkan (di media sosial itu) adalah tidak tepat dan harus dihentikan kerana ia tidak benar," katanya dalam mesej WhatsApp kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum itu, Utusan Malaysia menerima mesej WhatsApp yang menggesa orang ramai tidak pergi ke hospital itu kerana wabak Influenza B sedang merebak sejak semalam.

Mesej itu mendakwa 19 kakitangan hospital itu terkena jangkitan dengan seorang daripadanya dimasukkan ke wad. - UTUSAN ONLINE