Ucapan itu dimuat naik dalam Facebook rasminya yang turut mengenang jasa besar mendiang sewaktu berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) sejak dari Mac 2013 hingga Mei tahun lalu.

“Mewakili rakan-rakan dan staf Kementerian Kesihatan, kami berasa sedih terhadap pemergian mendiang Dr. S. Jeyaindran pada awal pagi tadi. Ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mendiang pada waktu sukar ini dan sesungguhnya kehilangannya sangat dirasai oleh kami semua.

“Mendiang bersara pada 31 Mei tahun lalu selepas 38 tahun memberikan perkhidmatan luar biasa termasuk sebagai Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan sebagai Pakar Perunding Kanan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE