Salah satu cara mudah untuk mengenal pasti produk berkenaan diperbuat daripada bahan berbahaya adalah dengan menyemak senarai kosmetik yang dikeluarkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Antara bahan kimia yang terlarang ialah alkohol, paraben, ben­zophe­none, minyak mineral, pewarna tiruan, merkuri, tretinoin dan hidrokuinon. Dalam tempoh tiga hari, produk akan bertindak balas dengan kulit dan memberikan pencerahan seperti yang diidamkan. Ada juga pengguna yang mengalami perubahan mendadak dalam masa tiga hari apabila kulit berwarna merah jambu dan licin.

Tanpa mereka sedar, selepas bertahun-tahun bahan kimia ini sebenarnya merosakkan kulit daripada dalam. Selain mendatangkan bahaya kepada organ dalaman, kulit juga semakin menipis sehingga menampakkan garis urat atau salur darah.

Kesan daripada penipisan kulit ini menyebabkan mereka tidak boleh berada dalam cuaca panas. Kulit mereka akan menjadi kemerah-merahan, panas dan gatal. Apabila berhenti memakainya, kulit wajah akan tumbuh jerawat besar dan jeragat yang teruk.

Rawatan :

l Berjumpa dengan doktor yang bertauliah dan berpengalaman bagi mendapatkan konsultasi dan rawatan yang sesuai.

l Berhenti mengunakan produk yang menyebabkan muka anda bermasalah breakout terutama produk yang membuatkan muka anda bertambah pedih dan kemerahan.

l Jangan skrub muka yang boleh menyebabkan muka anda (ketika bermasalah) luka dan bakteria akan mudah dijangkiti.

l Lakukan penjagaan kulit yang asas. Cari pencuci muka yang sesuai dan PH yang rendah. Pastikan lembapan wajah cukup supaya kulit muka tidak kering dan gunakan krim pelindung cahaya matahari yang cukup supaya muka tidak mudah terbakar.

l Gunakan bahan yang menenangkan soothing ingredient. Ia sesuai untuk muka merah, pedih, sensitif atau kesan cahaya matahari. Antara bahan–bahan yang termasuk kategori ini ialah 
teh hijau, aloe vera dan madu asli.

Tanpa mereka sedar, selepas bertahun-tahun bahan kimia ini sebenarnya merosak­kan kulit daripada dalam. Selain mendatangkan bahaya kepada organ dalaman, kulit juga semakin menipis sehingga menampakkan garis urat atau salur darah.