Berlangsung selama dua hari di Dataran Putrajaya, acara itu berjaya menarik kira-kira 50,000 orang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik berunsurkan pendidikan termasuk larian tiga dan lima kilometer. Ia sekali gus membuka tirai acara jelajah melibatkan enam lokasi lain di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, acara itu diharap mewujudkan kesedaran ibu bapa bahawa kehidupan seharian anak-anak sebenarnya lebih mencabar daripada yang disangka.

Menurutnya, setiap hari persekolahan anak-anak padat dengan pelbagai aktiviti. Mereka perlu bangun awal untuk menaiki bas sekolah, memberi tumpuan dalam kelas, menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum, kelas tambahan dan sukan kegemaran bahkan mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.

“Di Nestle, kami membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat dan bahagia dengan menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Memupuk tabiat sarapan yang sihat adalah selari dengan matlamat kami untuk meningkatkan mutu kehidupan serta menyumbang kepada masa hadapan yang lebih sihat.

“Kami amat teruja untuk meneruskan Hari Sarapan MILO® Malaysia sebagai platform menyatukan keluarga untuk sama-sama mempelajari kepentingan sarapan yang sihat dan seimbang sebagai sumber tenaga untuk memulakan hari di samping menggalakkan gaya hidup sihat menerusi pelbagai aktiviti fizikal dalam acara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengekalkan pemakanan sebagai fokus terasnya, Milo terus komited menawarkan pelbagai produk yang sihat dan berkhasiat kepada pengguna. Minuman yang tidak dapat dipisahkan daripada sajian sarapan di Malaysia, Milo mengandungi kebaikan semula jadi susu, malt dan koko serta pelbagai vitamin dan mineral penting yang dapat membantu membebaskan tenaga secara efisien daripada makanan.

Pengurus Nutrisi Korporat Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad, Wong Mei Ching berkata, sarapan yang sihat penting kerana dapat membantu menggantikan semula tenaga serta pelbagai khasiat penting selepas tidur semalaman sekali gus memberikan anda tenaga untuk memulakan hari yang aktif.

Berikut cadangan yang boleh dijadikan panduan.

“Rancang menu sarapan anak pada malam sebelumnya supaya mereka menanti-nantikan waktu pagi dan tidak mengabaikan sarapan. “Untuk cadangan idea sarapan yang sihat, jadikan Model Pinggan Sihat Malaysia yang berkonsepkan Suku-Suku-Separuh sebagai panduan untuk memastikan saiz hidangan bersesuaian dan padat dengan khasiat penting,” katanya.

Menurutnya, tabiat makan yang sihat boleh diamalkan dengan membuat pilihan makanan berdasarkan keseimbangan, kesederhanaan serta kepelbagaian.

Dalam pada itu, bagi meneruskan usaha memupuk amalan sihat pengguna, Milo bekerjasama dengan Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) sepanjang kempen Hari Sarapan Malaysia MILO®.

MDA menawarkan pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI) serta sesi Ask A Dietitian yang menyediakan perundingan tentang diet serta penyakit yang berkaitan kepada peserta.

Selain itu, Milo meneruskan kerjasama dengan Food Aid Foundation. Sebahagian dana yang dikumpul daripada larian Hari Sarapan Malaysia MILO® akan dimanfaatkan untuk membantu misi Food Aid Foundation bagi menyediakan pilihan sarapan yang sihat kepada keluarga kurang mampu.

Peserta juga berpeluang menyertai aktiviti fizikal untuk membantu mereka kekal aktif iaitu zumba, bola keranjang arked, bola sepak sasaran serta pertandingan futsal 3 vs 3.

“Pendidikan mengenai sarapan disampaikan oleh Cef Muluk yang mengadakan demonstrasi menyediakan sarapan yang kreatif dan mudah dicuba oleh semua orang termasuk kanak-kanak,” katanya.

Siri Jelajah Hari Sarapan Malaysia MILO® akan diteruskan di Pulau Pinang, Kuantan, Batu Pahat, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching. Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Sarapan Malaysia MILO®,layari: www.milo.com.my.