Ini merupakan platfom bagi hotel itu berbakti kepada masyarakat di mana inisiatif tersebut telah bermula sejak hotel berkenaan dibuka.

Agihan bubur lambuk itu diketuai oleh Pengurus Besar Cosmo Hotel Kuala Lumpur, Susan Carlos dengan kerja sama pihak pengurusan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.

Bubur lambuk itu telah diedarkan kepada golongan asnaf dan gelandangan sekitar Jalan Perak dan Leboh Ampang.

Dalam pada itu, sempena Ramadan kali ini, pasukan kulinari Cosmo Hotel Kuala Lumpur telah bekerja keras untuk menyajikan juadah berbuka puasa istimewa yang digemari rakyat Malaysia.

Bermula dari awal Ramadan hingga 3 Jun ini, cita rasa kampung terutama pelbagai jenis kerabu tempatan dan ulam-ulaman kampung menjadi menu utama sebagai pembuka selera tetamu.

Para tetamu boleh menikmati bubur lambuk dan sup ekor lembu dahulu sebelum bergerak ke menu utama.

Eksekutif Chef Cosmo Hotel, Chef Fazi mempamerkan kepakaran masakan tradisionalnya seperti nasi beriani gam, ayam masak merah, ikan talapia sambal hijau, daging panggang masak lemak cili padi, kambing kurma dengan ubi kentang, kari kepala ikan merah, lala masak paprik, sambal udang petai dan siput sedut masak lemak.

Sepanjang Ramadan,Café Mint pula akan menampilkan lebih kurang sembilan jenis gerai makanan seperti gerai panggang termasuk sate Kampung Keramat, ikan bakar, makanan Arab, roti john, makanan Asia dan gerai aneka minuman dan makanan bergoreng.

Berbuka puasa di Cosmo Hotel memang berbaloi dengan harga RM88 bagi setiap orang dewasa sementara bagi warga emas berumur 55 tahun ke atas, kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun dapat menikmati potongan sebanyak 50 peratus. Para tetamu juga akan dapat menikmati moreh di Cafe Mint selepas sembahyang Tarawih.

Untuk butiran lanjut atau untuk tempahan hubungi 03 2030 1888 atau e-mel [email protected] - UTUSAN ONLINE