Tulisan seorang Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Afiqah Aisyah Saiful Bahar disiarkan portal Astro Awani itu bagaimanapun terus dikritik ramai pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau.

Seorang pengguna media sosial, Yusri Jamal (@myusri_jamal) menyifatkan kenyataan Pensyarah lulusan Sarjana Perang Saraf Media dan Informasi itu sebagai satu bentuk demovitavsi kepada pasangan muda yang ingin menghalalkan hubungan mereka.

 

Reaksi Yusri mendapat perhatian ramai pengguna media sosial itu sehingga ciapannya telah diulang ciap lebih seribu kali.

Menurut kenyataanya, kewangan kukuh adalah persoalan yang subjektif dan menjadi masalah bukan sahaja kepada mereka sudah berkahwin bahkan tabiat pasangan masih bercinta.

“Kau jangan cepat ‘discourage’ untuk kahwin sebab fikir kena ada rumah kereta dan lain-lain baru boleh kahwin adalah idea yang tidak realistik.

“Kewangan kukuh akan jadi mudah apabila kau ada ‘backup’. Jangan malu nak tinggal dengan mak. Kakak aku selesa 10 tahun duduk rumah parents dan bekerja. Bukan tiada duit tetapi bijak urus duit sambil jaga mak. Itu bijak,” katanya menerusi bebenang ciapan dalam akaun Twitternya.

 

Dalam pada itu, Yusri turut menerangkan bahawa perkahwinan sepatutnya membuka pintu rezeki yang dijamin seperti dinyatakan dalam al-Quran dan tidak boleh sewenang-wenangnya dipertikaikan.

“Pasal kahwin ini buka pintu rezeki memang betul pun. Allah SWT. sudah sebut dalam al-Quran. Kau nak pertikai apa?

“Yang Allah SWT tak pernah jamin adalah pintu rezeki terbuka dan hidup dirahmati bila kau ‘couple’ (belum berkahwin. Itu tak bincang pula kan,” soalnya.

 

Selain itu, dia turut mencadangkan bagi pasangan baharu berkahwin yang tidak mempunyai kewangan kukuh supaya duduk berasingan sementara waktu.

Kata Yusri, soal dapat anak juga boleh dirancang mengikut kemampuan asalkan tidak bergelumang dengan dosa berzina.

“Pasangan berkahwin boleh sahaja jadi macam baharu ‘couple’. Pergi dating tonton wayang semua, walaupun duduk asing. Bukannya masalah besar pun.

“Soal hendak dapat anak pun boleh rancang, sekurang-kurangnya tidak berzina dan mengandung anak luar nikah. Yang penting disiplin,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE