Beliau berkongsi gambar berbasikal menerusi akaun Twitternya, @chededofficial yang disertakan sekali ciapan mengenai aktiviti pada umurnya yang kian meningkat.

“Kayuh basikal di litar lumba Sepang International Circuit pagi tadi. Bila umur meningkat mesti luang masa bersenam supaya otot dan otak berfungsi dengan baik,” katanya.

10 Julai lalu, Dr. Mahathir menyambut hari lahirnya ke-94, beliau menerima ucapan daripada pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN ONLINE