Keberangkatan tiba baginda pada pukul 12.35 tengah hari sebelum itu disambut oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Adly Zahari serta pemimpin kerajaan negeri.

Seri Paduka tiba di Melaka petang semalam sempena lawatan kerja baginda ke negeri ini bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Masjid Al-Sultan Abdullah yang bernilai RM6.5 juta mula dibina pada tahun 2015 dan siap pada September 2017 mampu memuatkan sebanyak 1,500 jemaah pada satu-satu masa. - UTUSAN ONLINE