YASIR, Seremban.

UKE: Bayarlah zakat fitrah di mana sahaja tetapi yang afdal ialah bayar zakat fitrah di tempat mencari rezeki. Namun harus diingat Islam adalah agama mudah dan tidaklah perlu anda terlalu berpegang dengan perkara ini sehingga ke tahap menyusahkan. Contohnya anda sudah balik ke kampung untuk berhari raya. Ketika itu anda baru tersedar yang anda belum berzakat fitrah di tempat mencari rezeki padahal esok sudah hari raya. Maka anda berzakat sahajalah di kampung. Tidak perlulah naik bas patah balik ke tempat kerja semata-mata untuk bayar zakat. Bayar sahajalah di kampung, tiada masalah.

Bayar fitrah ikut beras makan seharian

Benarkah ustaz pembayaran zakat fitrah perlu berdasarkan jenis beras yang dimakan seharian?

UKE: Anda boleh membayar zakat fitrah seperti jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama di negeri anda. Bagaimanapun jika anda dalam kalangan orang yang mampu, yang mewah, yang makan beras daripada jenis mahal seperti beras basmathi, beras wangi dan sebagainya maka tidak salah jika anda ingin membayar zakat fitrah melebihi jumlah yang telah ditetapkan itu. Malah ia memberikan pahala dan bermanfaat kepada anda.