Program tersebut yang julung-julung kali diadakan itu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 300 orang penduduk setempat dan juga ahli-ahli Srikandi.

Menurut Ketua Srikandi negeri Perak, Norhaslinda Zakaria, penyembelihan tiga ekor lembu termasuk seekor sumbangan daripada Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun itu dilakukan dengan semangat gotong-royong.

“Program ibadah korban ini dianjurkan oleh Srikandi Malaysia untuk memeriahkan sambutan Aidiladha.

“Lembu yang telah disembelih diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan dan bakinya kita turut mengadakan kenduri di pekarangan dewan ini,” katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Turut hadir Ketua Penerangan Srikandi negeri Perak, Titin Liyana Buhaiqi Amin.

Norhaslinda berkata, program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara ahli-ahli Srikandi dan juga masyarakat setempat.

“Majlis sebegini akan diteruskan pada masa depan memandangkan banyak manfaat yang diperoleh daripadanya selain membantu umat Islam menyempurkan ibadah korban,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE