Pedoman

Namun harus diingati, jika dunia ini hanya sementara, begitu juga kesusahan yang kita hadapi. Setiap masalah pasti akan berakhir.

Sehubungan itu, apa yang perlu kita lakukan adalah menangani permasalahan tersebut dengan sabar di samping berdoa dan menjaga hubungan baik dengan Allah SWT.

Jangan biarkan kesusahan yang menghimpit kita menggelapkan mata lalu mendorong kita ke lembah maksiat kerana itulah yang diinginkan oleh syaitan.

Sebaliknya kita harus beringat bahawa angin perubahan pasti akan berhembus.

Diceritakan oleh Ibnu al-Jauzi dalam kitab Shaid al-Khatir, seseorang berkunjung ke rumah Bisyr bin al-Harith al-Hafi iaitu tokoh zuhud di Baghdad.

Dia tidak melihat apa-apa benda dalam rumah itu selain sebidang tikar yang sangat usang dan kemudian berkata kepada Bisyr “Tidakkah anda terseksa dengan keadaan seperti ini?”

Lalu Bisyr menjawab; “Ini hanya sementara, suatu saat pasti berakhir.”

(SUMBER Buku: Dalam Hati Ada Syurga)