Jawapan: Kucing adalah haiwan peliharaan yang sentiasa berlegar sekitar manusia. Justeru, tersentuh atau disentuh kucing ketika mengerjakan solat tidak membatalkan ibadah tersebut.

USAH CERITA AIB SENDIRI

Soalan: APAKAH seseorang yang berzina perlu memberitahu orang lain bahawa dia telah berzina. Contohnya kepada isteri atau suami?

Jawapan: Pertamanya, maksiat hendaklah dijauhi dalam apa juga keadaan. Kedua, kita hendaklah bertaubat apabila telah melakukan dosa.

Ada tiga rukun taubat iaitu:
1- Meninggalkan maksiat

2- Menyesal

3- Berazam untuk tidak kembali melakukan maksiat tersebut

Oleh itu, tidak sewajarnya maksiat itu diceritakan kepada orang lain. Dalam rumah tangga, pasangan perlu memelihara hubungan dengan sebaiknya.

Oleh itu, tidak perlu diceritakan keterlanjuran dan maksiat tersebut. Namun begitu, jika wujud mudarat seperti ada jangkitan penyakit kelamin contohnya, maka pasangan yang telah mendapat penyakit kelamin hendaklah berhati-hati agar pasangannya tidak pula mendapat penyakit tersebut. - UTUSAN ONLINE