Pedoman

Khalid yang juga Ketua Umum Yayasan Ats-Tsabat Jakarta Timur berkata, mungkin terdapat segelintir umat Islam yang mempertikaikan mengapa Allah SWT mengurniakan rezeki lebih kepada orang kafir berbanding umat-Nya sendiri.

Sedangkan, ternyata golongan kafir menentang ajaran Allah dan Rasul-Nya serta memusuhi umat Islam, manakala orang beriman setia melaksanakan segala perintah syariat dengan taat.

Menurut Khalid, inilah bukti rahmat Allah kepada semua makhluk di muka bumi terutama manusia tanpa mengira beriman atau mengkafirkan Allah.

“Justeru, tidak hairanlah mengapa orang kafir lebih kaya, mempunyai rumah mewah, kereta besar dan makan apa sahaja makanan yang mereka mahukan.

“Ini kerana mereka juga boleh memungut buah-buahan pada pohon itu sebanyak mana yang mereka mahukan,” katanya dalam ceramah umum yang disampaikan, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Khalid mengkategorikan rezeki kepada dua iaitu rezeki yang berguguran dan bergantungan.

“Perumpamaan buah yang berguguran ini dinamakan rezeki mutlak. Rezeki yang telah tertulis kepada setiap orang sama ada dia berusaha atau tidak.

“Manakala buah yang bergantungan pula adalah rezeki ikhtiar iaitu setiap manusia perlu berusaha menggunakan ‘tangga’ atau sesuatu alat untuk memperolehnya,” katanya.

(Sumber: YouTube)