z

Pengarah program Jelajah Dr. Zakir Naik, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kehadiran rakyat negeri ini amat penting bagi menyatakan bantahan terhadap usaha pihak tertentu mendesak Zakir dihantar pulang ke negara asalnya.

“Kita perlu menyatakan solidariti untuk mempertahankan Dr. Zakir dan kita juga perlu bersihkan namanya yang dituduh sebagai ekstrem,” katanya seperti memetik laporan Harakah Daily semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan Zakir pada pukul 8.45 pagi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini semalam.

Turut menyambut kehadiran beliau ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Yakob dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md. Nawi.

Dalam pada itu, Zakir memberitahu bahawa beliau tidak sabar untuk bertemu rakyat di negeri ini dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pas Kelantan kerana mengaturkan program khas untuknya di negeri tersebut.

“Insya Allah kita bertemu nanti,” tuturnya ringkas. -UTUSAN ONLINE