Bagi saya, ia satu aspirasi penting, bahawa selain ilmu, nilai kecintaan sesama insan harus dipupuk sebagai antara ikatan utama pendidikan tahfiz.

Kecintaan kepada al-Quran sebagai kalam Allah juga yang memberikan kekuatan utama pada kami di PMHQ untuk meneruskan usaha mendidik jiwa dan akhlak anak-anak.

WALAUPUN pelajar PMHQ dididik dengan disiplin yang tinggi dengan menekankan ilmu agama, pusat itu ju
WALAUPUN pelajar PMHQ dididik dengan disiplin yang tinggi dengan menekankan ilmu agama, pusat itu juga meraikan gaya hidup berkesenian dan rekreasi agar dunia dan akhirat sama seiring. 

Tanpa mengira latar belakang sosial dan kemampuan ekonomi, PMHQ memilih untuk mengutamakan misi membantu anak-anak tahfiz meningkatkan kualiti sahsiah diri melalui pendidikan al-Quran.

Tidak semua hak hafazan milik pelajar pintar saja. Ada yang sederhana tetapi proses menghafal walaupun perlahan, ia tetap berkesan untuk pembangunan jiwa dan iman mereka.

PMHQ diasaskan pada 3 Mac 2013. Kini kami bertapak di Kampung Blok J, Sawah Sempadan, Tanjung Karang.

Dana sumbangan awam yang menjadi sumber membangunkan bangunan PMHQ yang mana asalnya adalah tapak surau lama yang uzur.

Sekarang Alhamdulillah, kami bangun dan sudah 90 peratus sempurna. PMHQ memilih bersikap ihsan dan insan dengan menerima pelajar yang terbiar akibat krisis keluarga dan masalah kemiskinan.

Tidak semua benda kita kejar dengan keghairahan simbol kemegahan keduniaan. Aspirasi tahfiz tidak wajar dijadikan perlumbaan untuk menjadi megah seperti Universiti Oxford atau Cambridge.

Kita membantu pelajar sederhana juga, sebab al-Quran itu penyuluh jalan hidup. Bukan alat berbangga-bangga demi status peribadi. Walaupun ‘rigid’ dalam disiplin tahfiz, PMHQ meraikan gaya hidup berkesenian dan rekreasi.

Muzik menjadi antara terapi seni untuk anak-anak tahfiz mengisi waktu kreatif. Malah, kumpulan metal Islamik, Al Farabi antara rakan seni PMHQ.

Kami juga memberikan perlindungan kepada anak-anak malang yang perlu dilindungi. Prinsip ihsan yang sejajar dengan sifat al-Quran itu sebagai pelindung.

Maka wajar, PMHQ turut mengambil tanggungjawab melindungi anak-anak yang malang. Ada pelajar miskin yang keluarga tidak mampu memberi makan.

Jadi, selain belajar tahfiz, kami jaga kebajikan. Ada anak yatim yang alami tekanan kerana menumpang di rumah saudara-mara.

PMHQ ambil dan jaga mereka dengan didikan al-Quran. Mendekati al-Quran penting untuk merawat jiwa terutama bagi anak-anak yang mengalami kesedihan ketika membesar dalam masalah kekeluargaan.

Saya yakin, selain kasih sayang tenaga pengajar, al-Quran adalah perawat jiwa mereka.

PMHQ turut mengutamakan kualiti tenaga pelajar. Terutama menggabungkan kepelbagaian kemahiran dalam proses pendidikan.

Sebahagian besar tenaga pelajar lulusan universiti tempatan. Ini penting untuk mempelbagaikan kaedah pendidikan di sini.