Itulah realiti ‘kegilaan’ segelintir generasi masa kini berikutan ketagihan mencari pengikut selain cuba mencari perhatian dalam media sosial.

Malangnya, hari ke hari trend itu dilihat seakan menghakis sifat malu apabila semakin ramai dilihat berlumba-lumba membuka aib orang lain, malah tidak kurang juga yang membuka pekung di dada sendiri dalam alam siber tersebut.

Sehinggakan hal ‘dalam kain’ termasuk krisis rumahtangga turut diluah kepada umum dengan harapan mendapat sokongan dan teman luahan tanpa memikirkan kesan daripada perbuatan tersebut.

Mana tidaknya, jika dilihat dalam laman sosial pasangan suami isteri juga turut lebih terbuka untuk berkongsi cerita sehingga menyebabkan ramai yang berminat untuk menjaga ‘tepi kain’.

Tanpa disedari, budaya ini semakin lama semakin menjadi ‘duri’ dalam rumahtangga yang akhirnya mampu menggugat keharmonian rumahtangga dibina sekian lama.

Ikuti kupasan lanjut implikasi baik dan buruk perkongsian hal rumahtangga dalam media sosial di samping tips berguna buat pasangan suami isteri berdepan cabaran dunia siber bersama pendakwah, Hamidah Ab. Razak dalam Mega, Till Jannah, Utusan Malaysia 16 April 2019, esok.