Nazir Masjid An-Nur, Harun Abdul Rahman, berkata, pada kali ini sebanyak 10 ekor lembu dan dua ekor kambing disembelih bermula pukul 10 pagi.

Katanya, daripada 10 ekor lembu itu seekor adalah sumbangan daripada Jabatan Agama Islam Selangor manakala bakinya adalah hasil penyertaan ahli-ahli kariah.

“Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program korban tahun ini,” katanya.

Daging-daging tersebut diagihkan kepada golongan asnaf, anak-anak kariah termasuk warga asing bermula pukul 12.30 hari tadi. - UTUSAN ONLINE