* Siti, Taiping

UKE: Alhamdulillah kerana ada anak yang sanggup membela ibunya yang uzur. Dalam ramai anak tidak menghiraukan ibu bapa mereka tetapi kawan anda sedia berbakti kepada ibunya. Maka itu adalah amalan mulia yang besar pahalanya. Berikut antara langkah yang perlu dilakukan;

* Sememangnya perlu banyak bersabar ketika menjaga orang tua kerana sifat dan kelakuan mereka kadang-kadang terlalu sensitif dan inginkan perhatian. Kadang-kadang ada yang langsung tidak bersyukur dan menghargai anak yang menjaga mereka.

* Selalu berdoa agar diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menjaga ibu bapa.

* Pahala dan ganjaran besar menanti anak-anak yang berbakti kepada ibu bapanya.

* Jangan ambil hati dengan leteran atau kata-kata mereka. Anggaplah tidak ada apa-apa yang perlu terasa hati dan ingatlah letih lelah menjaga ibu bapa tetap tidak akan dapat membalas jasa mereka kepada kita.

* Allah akan memudahkan urusan anak-anak yang berbakti kepada ibu bapa mereka.


Wajib ambil pinjaman Islam

20 tahun lalu saya telah membuat pinjaman rumah secara konvensional. Pada masa itu pinjaman secara Islam masih belum meluas. Atas kesedaran saya mahu membuat pembiayaan semula rumah ini iaitu daripada konvensional kepada pinjaman Islam. Saya mohon nasihat ustaz demi mendapat reda Allah.

* Nizam, Selayang.

UKE: Itulah yang terbaik dan diredai Allah. Sila berurusan dengan pihak pembiaya agar dapat mencari pinjaman yang halal, yang mematuhi syariah dan tiada unsur riba. Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya. Dan peliharalah diri kamu daripada api neraka yang disediakan untuk orang kafir.”-Surah Ali Imran 130-131.