Namun, menurut Pendakwah, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pu Azman, tiada dalil yang melarang wanita haid, nifas atau hadas besar untuk melakukan segala perbuatan itu.

Malah, tidak perlu untuk dibawa semua yang sudah dipotong ketika mandi wajib kerana tiada dalil mewajibkannya.

“tiada kaitan langsung kuku atau bulu yang tidak dimandikan sekali akan memberi kesan buruk di akhirat kerana tiada dalil tentang itu.

“Mungkin disebabkan inilah ada perempuan yang takut hendak kerat kuku ketika haid sedangkan kuku yang sedia ada pun memang panjang bak kuntilanak dan waktu haid pun panjang lagi,” katanya seperti yang dipetik dari laman Instagram.

Tambahnya, bahkan ada hadis ketika isteri Rasulullah SAW, Aisyah menunaikan haji wada’ bersama-sama, Rasulullah SAW memintanya untuk mandi dan bersisir.

Sebagaimana sabda Rasulullah maksudnya: “Uraikan rambutmu dan bersikatlah. Serta berihlal (talbiyah) dengan haji dan tinggalkan umrah.” Riwayat Bukhari & Muslim

“Daripada hadis ini kita faham bahawa bersikat mengundang risiko menggugurkan rambut sedangkan nabi tidak ada langsung mengingatkan Aisyah tentang rambut gugur yang mesti dibawa mandi wajib tadi.

“Jadi kesimpulannya boleh atau harus potong rambut dan kuku ketika haid atau nifas. Tidak wajib tanam kuku, bulu atau rambut yang sudah dipotong,” jelasnya.