Walau bagaimanapun, tarikh Hari Guru pada tahun ini dilihat kurang sesuai untuk diadakan acara berikutan jatuh pada musim peperiksaan sama ada di sekolah rendah, menengah, mahupun institusi pengajian tinggi.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan dicadangkan supaya mengubah acara ke suatu tarikh lain yang tidak melibatkan peperiksaan.

Dalam hal ini, sesiapa sahaja yang mengajar seseorang dianggap sebagai guru. Martabat seorang guru dipandang tinggi dalam masyarakat.

Pelbagai nama diberikan kepada seseorang yang mengajar orang lain. Antara yang popular adalah guru, tuan guru, cikgu, pensyarah, profesor, ustaz, mentor dan sifu.

Guru dalam bahasa Arab disebut sebagai muallim. Jika dibuat analisis, gelaran muallim inilah yang paling bermakna berbanding gelaran lain. Ini kerana perkataan ini berasal daripada gabungan tiga huruf iaitu (ain lam mim). Gabungan ini disebut sebanyak 854 kali dalam al-Quran.

Dalam hal ini, muallim berkait rapat dengan perkataan yang berasal daripada gabungan sama iaitu ilmu, sains (ulum), alim, ulama, maklum, maklumat, ilmiah, dan alam semesta.

Sebagai contoh, muallim (ain lam mim) adalah orang yang menyampaikan ilmu (ain lam mim) kepada mutallim (ain lam mim) iaitu pelajar sehingga menjadi seorang alim (ain lam mim). Kumpulan pelajar ini menjadi ulama (ain lam mim) yang menguasai ulum (ain lam mim) iaitu ilmu sains yang mampu mentadbir alam (ain lam mim).

Ini berbeza dengan perkataan ‘guru’ yang tiada hubung kait dengan perkataan ‘ilmu’. Apa yang paling menarik, sehebat mana seorang muallim (ain lam mim), kehebatannya akan kembali kepada al-Alim (ain lam mim) iaitu Yang Maha Mengetahui (Allah).