Kegagalan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk seseorang berputus asa, sebaliknya terus berusaha dan berdoa meminta yang terbaik daripada Yang Maha Esa dan bukannya berserah semata-mata.

Ini kerana melalui doa yang ikhlas kepada Allah SWT akan membuka pintu rezeki, selain mendekatkan kita kepada Pencipta.

Pedoman

Walaupun kita sentiasa mendengar, ‘apa yang berlaku dengan izin Allah’ namun, itu tidak bermakna seseorang perlu menyerahkan segalanya tanpa berusaha untuk mencapai impian.

Jika dibiarkan impian menjadi sekadar angan-angan dan tidak merubah takdir, kita akan kekal dalam kepompong atau cara yang kita mahukan tanpa kejayaan.

Kerana itu, dalam Islam mengajar kita agar sentiasa berdoa, tidak berputus asa dan terus berusaha menanti keajaiban berlaku.

Perkara sama ditegaskan oleh pendakwah bebas, Muhamad Abdullah atau lebih dikenali dengan Ustaz Amin menerusi laman Instagramnya yang memuat naik nasihat agar umat Islam sentiasa berdoa, kerana ia mampu merubah qada.

“Semua dalam hidup ini telah tertulis tapi dengan doa ia boleh ditulis semula,” tulisnya.

Justeru, umat Islam harus meminta apa saja kepada Allah melalui doa. Semoga apa yang diimpikan akan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa.