Adakah amalan ini benar?

Jawapan: KEMUNGKINAN amalan ini berdasarkan pengalaman orang sebelum kita yang dipanggil tajribah. Dalam nas al-Quran, saya tidak menemukan lagi amalan ini. Begitu juga dengan riwayat hadis yang saya belajar.

Apa yang lebih penting ialah berdoa kepada Allah agar roh ibu bapa diampuni dosanya dan dicucuri rahmat Allah.

Amalan berdoa ini jauh lebih mudah diamalkan. Begitu juga bersedekah dan diniatkan pahala untuk ibu bapa. Ia juga sesuatu yang baik dilakukan.

Hukum isteri belanja makan

Soalan: APA hukum jika isteri belanja makan ketika keluar makan bersama suaminya?

Jawapan: SUAMI wajib memberi nafkah kepada isteri. Namun tidak menjadi kesalahan dalam syarak jika isteri membayar duit makan. Ia adalah sikap ihsan dan berbuat baik, bukan kewajipan si isteri.

Cuci pakaian bercampur najis

Soalan: HARUSKAH membasuh pakaian anak yang terkena air kencing bersama pakaian lain dalam mesin basuh?

Jawapan: SEBELUM dimasukkan ke dalam mesin basuh, hendaklah dibilas pakaian yang terkena air kencing. Jika tidak dibilas dan dibuang air kencing maka akan menyebabkan pakaian lain terkena air kencing apabila dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Oleh itu, basuh dan bilas dengan air bersih. Apabila didapati hilang bau air kencing pada pakaian tersebut maka bolehlah dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Begitu juga dengan najis yang lain. Contohnya pakaian terkena tahi, perlu terlebih dahulu dibuang najis, kemudian dicuci pakaian terkena najis sehingga hilang warna, bau dan rasa pada pakaian itu, kemudian barulah dibasuh bersama pakaian lain dalam mesin basuh. - UTUSAN ONLINE