Tidak terkecuali kepemimpinan kerajaan dan parti politik turut meluangkan masa bersama-sama umat Islam menunaikan ibadat Korban sempena Hari Raya Adiladha 1440 Hijrah.

Ia termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang menyempurnakan program Korban Perdana peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Marang, semalam.

Dalam majlis itu, sebanyak 21 ekor lembu ditumbangkan dan beliau turut mengagihkan daging korban untuk umat Islam.

Yang turut hadir, isteri beliau, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abdul Tahman.

Dalam pada itu, sebagaimana tahun-tahun sebelum, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang juga tidak terkecuali menyempurnakan program Korban di Rusila, Marang semalam.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyembelih sendiri ternakan untuk ibadat Korban sebelum diagih-agihkan kepada umat Islam setempat. - UTUSAN ONLINE