Program kayuhan basikal sejauh 22 kilometer yang bermula di Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM pada pukul 8 pagi itu dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Aktiviti Lasak (KREAL) USIM.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Pendaftar USIM, Datuk Muhammad Haizuan Rozali.

Pengarah program, Mohd. Nadzir Abd. Manaf berkata, program itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

"Kayuhan itu merupakan cetusan idea Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad yang mahu menjadikan USIM sebagai universiti ’Mesra Basikal’.

"Pada masa yang sama ia dapat menerapkan semangat kesukanan dalam satu pasukan melalui aktiviti riadah yang menjadi pilihan pada masa kini," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, program yang julung-julung kali dianjurkan dengan penglibatan Tunku Ali Redhauddin itu bukan sahaja melibatkan warga USIM, tapi juga peserta luar termasuk pengamal media.

Yang turut serta Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM, Prof. Datuk Dr. Roshada Hashim; Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm), Dr. Hayati Ismail dan Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat USIM, Dr. Mushaddad Hasbullah. - UTUSAN ONLINE