Memahami kehendak setiap wanita yang sukakan kecantikan, butik Casa Qhalesaa mengetengahkan fesyen ringkas tetapi menarik menggunakan fabrik lace, batik, crepe dan broked yang sesuai dengan cuaca di Malaysia selain kain yang sejuk dapat memberikan keselesaan kepada si pemakai.

Terletak di tingkat tiga, 05-09-3A Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi, koleksi pakaian di butik itu bukan sahaja sesuai digayakan sepanjang Syawal ini, malah boleh dijadikan pakaian ke pejabat atau menghadiri acara-acara keramaian. Ini kerana rekaannya tidak terlalu sarat dan lebih santai.

Antara koleksi busana keluaran butik itu adalah Broked Kurung Pahang, Kurung Moden Lace, Batik Lace Peplum dan Peplum Kebaya Lace yang pasti akan memukau mata setiap tetamu tatkala melihat keanggunan si pemakai.

Lebih menarik, koleksi di butik milik Khairunlisa Mohd. Sham Siang itu juga mesra wuduk dan boleh digayakan ibu menyusu dengan penuh yakin.

Dengan pilihan warna-warna pastel termasuk merah jambu dan biru muda pasti membuatkan si pemakai kelihatan manis sepanjang menggayakannya.

Bagi mereka yang gemar menonjolkan diri pula, warna-warna terang turut ditawarkan antaranya kuning keemasan dan hijau zamrud yang boleh menyerlahkan lagi sisi berani si pemakai.

Sementara itu, bagi yang menggemari pakaian siap dipakai (RTW-ready to wear), butik ini turut menawarkan koleksi yang menarik dalam saiz XXS hingga 2XL.

Jadi, tidak perlulah berasa khuatir untuk mendapatkan pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh masing-masing kerana saiznya yang tidak terhad. selain boleh didapati pada harga berpatutan iaitu antara RM189 hingga RM249 sepasang.

Orang ramai yang berminat untuk melihat koleksi Casa Qhalesaa boleh berbuat demikian dengan melayari Facebook; Qhalesaa Boutique atau Instagram @qhalesaa atau berkunjung terus ke butik itu.