Namun begitu, setiap individu mempunyai cita rasa tersendiri terhadap rekaan dan kualiti beg yang digayakan dan bagi mereka yang mahu kelihatan lasak, beg menggunakan material kulit asli seperti kulit lembu atau biri-biri sering menjadi pilihan.

Di butik Leatherdiva, pelbagai jenis beg kulit asli sama ada beg tangan, beg sandang, dompet, beg silang termasuk tali pinggang dengan pelbagai rekaan dan warna memberi banyak pilihan kepada penggemar beg kulit asli.

Menurut Pengurus Leatherdiva, Mohd. Aliff Hakim, 32, produk yang dijual menggunakan seratus peratus kulit asli maka sudah pasti semua produk keluaran Leatherdiva tahan lama tanpa sebarang pengelupasan.

“Beg kulit asli memang diketahui mempunyai trend evergreen tidak kira apa juga rekaan kerana sifatnya yang tahan lama, boleh disimpan lama, boleh dicuci atau digilap semula selepas diguna dan disimpan bertahun-tahun,” katanya.

Mohd. Aliff berkata, rekaan beg keluaran Leatherdiva direka sendiri mengikut kesesuaian dan keselesaan selain sebahagiannya memang telah siap direka di kilang dan dijenamakan semula menggunakan jenama Leatherdiva.

“Kami turut mengambil kira dan memenuhi kehendak serta permintaan pelanggan yang mahu rekaan tertentu membabitkan saiz dan warna ketika mengha­silkan beg baharu,” katanya.

Leatherdiva menawarkan pelbagai jenis beg untuk golongan wanita dan lelaki. Bagaimanapun 70 peratus daripadanya adalah khusus untuk golongan wanita bahkan menurut Mohd. Aliff, pada masa ini, beg silang di butiknya mendapat permintaan paling tinggi dalam kalangan pelanggan wanita.

PELBAGAI dompet khusus untuk golongan wanita.
PELBAGAI dompet khusus untuk golongan wanita.

Harga yang ditawarkan juga adalah bersesuaian dengan kualiti seperti dompet wanita bermula daripada harga RM80 sehingga RM350, dompet lelaki (RM80-RM250), beg (RM180-RM690) dan tali pinggang berharga antara RM100 sehingga RM150.

Jelas Mohd. Alif, Leatherdiva merupakan perniagaan keluarga yang diasaskan oleh ibunya, Nora Yusof, 55. Bermula secara dalam talian,

keluarganya mula menjual pelbagai jenama beg pada 2008. Pada 2011 mereka telah mematenkan jenama Leatherdiva dan mulai menjual beg kulit sepenuhnya dengan menggunakan jenama itu.

Mereka yang berminat untuk mendapat produk Leatherdiva boleh mengunjungi butik Leatherdiva di No. 10 Jalan Putra Square 3, Indian Town, Putra Square Kuantan, Pahang yang dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang.

Selain itu pelanggan boleh membeli secara dalam talian di www.facebook.com/leatherdiva dan www.instagram.com/leatherdivaofficial atau melalui pesanan WhatsApp dan Telegram di talian 
013-9219124 atau 012-9016744.