Namun di butik Scarfsweethoney, pelanggan tidak perlu risau kerana terdapat hampir 60 warna pilihan tudung untuk koleksi tudung azkaa instant pinless yang mudah dipakai. Hanya sekali sarung sudah tampak kemas.

Pemilik butik ini, dua beradik, Nadiah Azmuddin, 34 dan Nabihah, 32, berkata, dua koleksi paling laris ialah azkaa yang sudah berada di pasaran selama empat tahun dan feyra instant kepuk yang tahun ini memasuki tahun ketiga di pasaran selain rekaan blair turut mendapat perhatian pelanggan.

Sesuai dipadankan dengan baju kurung dan jaket, azkaa pada awalnya didatangkan dengan hanya 23 warna tetapi atas permintaan pelanggan setia Scarfsweethoney yang ingin variasi warna, mereka menambah pilihan sehingga 60 warna.

AZKAA tudung sarung berwarna coklat emas.
AZKAA tudung sarung berwarna coklat emas.

Rekaan feyra pula diilhamkan daripada pemerhatian trend pemakaian masa kini dan hasil kajian enam bulan, terhasillah tudung itu yang kini mempunyai lebih 10 variasi perincian yang turut diilhamkan oleh pelanggan sendiri.

Antaranya feyra rossa, lora, heyki, bexley, lily, beeb, selena dan phea dengan cara pemakaian hanya dua kali sarung sahaja.

Selain azkaa dan feyra serta blair, Scarfsweethoney turut mempunyai lebih 38 koleksi tudung dan selendang instant dengan kesemuanya menggunakan material kain sifon berat.

Menjelang Aidiladha ini, butik ini akan menampilkan tudung dan selendang yang diperbuat daripada material moss crepe dan kain kapas viscose.

Kesemua rekaan tudung di butik ini amat sesuai untuk mereka yang berusia 20 tahun ke atas bagaimanapun kata kedua-dua pemilik butik tersebut, adakalanya rekaan yang dikhususkan untuk golongan berusia 20-an turut diminati oleh mereka yang berusia 30 tahun ke atas.

Selain tudung yang mudah dipakai, Scarfsweethoney turut memberi tumpuan terhadap perincian tudung bagi menambah keanggunan pemakai dengan hiasan batu-batu Swarovski, bunga 3D dan manik.

Butik Scarfsweethoney telah beroperasi di Lakefields Sungai Besi, Kuala Lumpur sejak 2015 namun penjualan melalui dalam talian telah bermula pada 2010.

Mereka yang berminat untuk membeli tudung ini boleh terus mengunjungi butik berkenaan di Lakefields Sungai Besi atau membeli secara dalam talian dengan melayari laman sesawang scarfsweethoney.com.my atau WhatsApp di talian 013-2057908.