Koleksi ini bukan sahaja sesuai untuk pakaian harian namun cukup bergaya ke acara-acara kostum. Mereka yang ingin mencuri tumpuan, bolehlah memilih pakaian tersebut ke majlis-majlis yang bersesuaian.

Kurta batik premium dan batik canting ini ialah lukisan canting tangan yang mengetenghkan corak sarang semut. Tidak ketinggalan fabrik yang digunakan adalah daripada kapas berkualiti membuatkan anak-anak muda selesa memakai baju yang sebegini. Dengan penambahbaikan dari segi motif dan potongan, ia mampu menarik sesiapa sahaja untuk mengenakan busana tradisi ini.

Dalam pada itu, Artissrie turut mereka kemeja batik khusus untuk golongan yang bekerja. Kemeja batik begitu sinonim dengan acara-acara rasmi, majlis makan malam, majlis resepsi perkahwinan dan sebagainya. Kemeja batik menjadi pilihan ramai lelaki kerana baju ini menam­pilkan rekaan yang eksklusif dan istimewa jika dibandingkan dengan kemeja biasa.

Uniknya, setiap koleksi Artissrie menampil­kan permukaan dua sisi kain dengan kualiti warnanya tetap sama karana teknik pewarnaan ialah pencelupan. Baju-baju batik ini memiliki nilai seni yang tinggi kerana proses pembuatan­nya yang rumit dan terperinci. Pembu­­­­atannya melibatkan pemindahan corak ke kain, mencanting dan kemudian diwarnakan. Corak batik di sisi hadapan dan belakang atas kurta dengan kekemasan jahitan menambahkan nilai elegan kepada si pemakai.