Justeru Chitrascarves menampilkan koleksi selendang peranakan Baba dan Nyonya dan oriental sesuai untuk dipakai oleh semua peringkat umur.

Menggunakan material satin silk matte, koleksi selendang ini tidak berkilat dengan saiz berukuran 200 sentimeter (sm) panjang dan 67 sm lebar.

Koleksi peranakan Baba dan Nyonya diinspirasi daripada corak seramik menggunakan warna terang dan bunga tanjung.

Rekaan eksklusif ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad khusus untuk pelanggan Chitrascarves dan terdapat empat warna pilihan iaitu merah jambu, hitam, biru serta hijau.

Koleksi oriental pula menggabungkan corak abstrak dan flora gabungan tradisi Melayu, Cina dan India dengan lapan warna tona lembut dan terang antaranya kuning air, ungu, hitam dan coklat.

Kata pemilik Chitrascarves, Norintan Farina Nordin, selain menceriakan si pemakai semasa berkunjung ke rumah saudara mara atau rumah terbuka, koleksi itu turut mempunyai tema yang mengetengahkan konsep pelbagai bangsa di Malaysia.

Ini kerana selendang dan tudung bukan sahaja boleh dipakai oleh masyarakat Islam malah boleh dipakai oleh masyarakat bukan Islam untuk dijadikan skaf leher dan juga pareo bagi yang kreatif.

Dalam pada itu Norintan berkata, selain koleksi premium butiknya juga menjual koleksi basic dan koleksi ini adalah yang paling tinggi permintaan dan didatangkan dalam 50 warna.

Katanya, dia memulakan perniagaan menjual tudung secara kecil-kecilan kepada rakan di pejabat dan di Facebook namun tidak menyangka rekaan tudungnya mempunyai peminat tersendiri.

Pelanggan boleh mengunjungi butik Anggun Chitra di Bukit Jelutong, Shah Alam atau layari laman sesawang www.chitrascarves.com atau www.anggunabayadubai.com.