Pakaian jenama ‘Khatreena’ merupakan rekaan Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, anakanda sulung Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Peragaan pakaian jenama ‘Khatreena’ ini merupakan promosi dan rekaan terbaru bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi dan Puteri Sharifah Khatreena mengorak langkah mempelbagaikan rekaan melalui 3 koleksi utama iaitu ‘Pleats Raya’, ‘Ready To Wear (RTW) FV’ dan ‘Made To Measure Raya Luxe’.


Koleksi ‘Pleats Raya’ yang membawa sebanyak tiga jenis rekaan merupakan kesinambungan daripada rekaan yang telah diperagakan semasa Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018 tahun lalu yang membawa tema ‘Oh Yes Pleats’.


Koleksi ‘Ready To Wear’ FV yang dibuat sebanyak enam jenis rekaan adalah koleksi yang telah siap sedia dan merupakan koleksi dalam FashionValet yang akan dilancarkan pada awal April tidak lama lagi.


Koleksi ‘Made To Measure Raya Luxe’ pula mempunyai lima jenis rekaan adalah desain khas dan eksklusif di mana ianya emerupakan ‘Custom Made’ dan boleh ditempah mengikut kehendak pelanggan berdasarkan corak dan rekaan asas yang diberikan.


Tuanku Raja Puan Muda Perlis berkenan berangkat menghadiri majlis tersebut.


Koleksi jenama ‘Khatreena’ boleh didapati di butik FashionValley dan butik ShoesShoesShoes di Publika, Bangsar Shopping Centre (BSC) dan Jalan Telawi Kuala Lumpur.


Kesemua pakaian yang diperagakan merupakan rekaan khas yang dibawa untuk tempahan hari raya kelak dan bagi yang berminat melihat koleksi raya rekaan jenama ‘Khatreena’ atau hendak membuat tempahan boleh melayari laman sesawang fashionvalet.com dan juga di Instagram @khatreena.ms atau emel ke [email protected] bagi sebarang makluman lanjut. - Utusan Online