Didatangkan bersama kotak eksklusif dan kad ucapan istimewa, telekung Zara Awliya merupakan hadiah yang sangat bermakna pada hari raya ini. Diperbuat daripada bahan yang sele sa, ia sangat membantu untuk lebih khusyuk dalam solat.

Malah perincian tambahan pada telekung Zara Awliya sangat sesuai dipakai untuk solat di masjid kerana material yang sangat sejuk dan selesa walaupun dipakai lama. Rekaan di dahi yang bergetah dan stretchable sangat sesuai untuk semua saiz muka tanpa perlu memakai anak tudung bersama kemasan renda eksklusif di kepala.

Pemilik butik Zara Awliya, Faridah Hanom Samsudin atau lebih mesra dengan panggilan Anum bersyukur kerana perniagaannya bukan semata-mata untuk meraih keuntungan, tetapi dalam masa yang sama membantu memudahkan wanita beribadah dan solat lebih khusyuk, tenang serta selesa.

“Jadi, saya akan memastikan material telekung dalam kualiti terbaik serta fabrik yang lembut, tidak panas, tahan lasak dan sesuai dengan iklim Malaysia mahupun di Mekah dan Madinah untuk penggunaan ketika menunaikan umrah atau haji,” ujarnya ketika ditemui di Butik Zara Awliya di U12, Cahaya Alam, Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, telekung renda dan sulaman berwarna menjadi pilihan dan sesuai dijadikan hadiah buat ibu dan keluarga ketika pulang ke kampung pada Aidilfitri.

“Dengan pilihan tona warna pastel yang menjadi pilihan 2019 dan material yang lembut serta selesa, ia pasti membuat keluarga gembira menerima hadiah Telekung Lace, istimewa dari Zara Awliya.

“Telekung Premium Naura Aafiah dan Telekung Premium Zara Aafiah pula mempunyai perincian border renda premium yang menjadi trend masa kini,” katanya.

Tambahnya, Telekung Premium Naura Aafiah dan Telekung Humaira didatangkan dengan beg telekung yang bukan sahaja boleh digunakan untuk menyimpan telekung, malah boleh digunakan untuk menyimpan sejadah mini.

Telekung Humaira pula mempunyai perincian sulaman bunga mawar yang kemas dengan warna yang kontra pada sekeliling telekung dan beg telekungnya pula terdapat sulam tabur pada kain.

“Selain itu, butik juga menawarkan pelbagai variasi telekung umrah dan haji yang disertakan dengan poket sembunyi berzip bagi memudahkan jemaah menyimpan duit, kunci hotel, pasport dan telefon bimbit,” ujarnya.

Harga telekung yang ditawarkan di butik Zara Awliya adalah berpatutan iaitu antara RM50 hingga RM199.

INFO

Shopee: zaraawliya

Instagram : ZARA AWLIYA

Facebook : ZARA AWLIYA

Telefon: 016-2843233