Pun begitu, jemaah haji tidak perlu meniru imej Arab tetapi cukup dengan menampilkan cita rasa Malaysia ketika berada di tanah suci terutama dalam keadaan cuacanya yang panas. Fabrik seperti satin dan likra mudah diurus kerana tidak perlu digosok dan selesa dipakai. Selain itu, fabrik polister juga boleh digunakan kerana ia tidak memerlukan penjagaan rapi.

Warna seperti putih, hitam dan samar menjadi pilihan bagi mengelak menarik perhatian orang lain. Bagi yang inginkan kelainan, mungkin boleh mencuba jubah bercorak sederhana. Selain boleh dipadankan dengan telekung untuk ke Masjidilharam atau Masjid Nabawi, ia boleh dipakai ketika membeli-belah.

Malah, Muslimah boleh mengenakan telekung yang berbeza daripada lazim seperti warna putih. Warna yang lembut dengan corak sederhana boleh membuatkan penampilan Muslimah lebih istimewa. Telekung daripada kain kapas dan sutera semakin menjadi pilihan terkini. Inilah kelebihan yang terdapat pada pusat pemborong kelengkapan haji dan umrah, Pretty Aini.

Pengasasnya, Noraini Mustafa berkata, setiap barangan yang ditawarkan adalah berkualiti dan syarikatnya turut memiliki perkhidmatan menjahit produk sendiri bagi memenuhi keperluan pelanggan.

“Berdasarkan pengamatan, ramai pelanggan sukar untuk mencari saiz pakaian yang dikehendaki. Hal ini telah mendorong kita menawarkan perkhidmatan menjahit. Selain pakaian, kita turut membekalkan kelengkapan lain termasuk kain ihram, tali pinggang, kasut, selipar, uncang kasut, seluar, telekung mini berzip, seluar rip, seluar berenda dan tali jerut.

“Pada dasarnya kita bukan sekadar mengutamakan keuntungan, tetapi lebih mengutamakan keselesaan jemaah dengan memastikan semua barangan yang disediakan adalah daripada jenis bermutu, mudah diurus serta mudah kering. Barangan seperti ini memudahkan mereka dengan tidak perlu membawa banyak pakaian ketika menunaikan ibadah tersebut,” katanya.