Tampil dengan tiga rona, merah jambu belacan, kuning mustard, dan hijau lumut, rekaan baju Melayu kali ini pasti dapat menonjolkan cita rasa si pemakai.

Bagi menonjolkan keberadaan ketiga-tiga warna ini dalam persalinan baju Melayu, pemilihan dan padanan warna serta corak samping yang sesuai seharusnya diberikan perhatian.

Padanan ini pastinya dapat menonjolkan cetusan cita rasa si pemakai apabila berkunjung ke rumah sanak saudara, tidak kira sama ada berleher teluk belanga atau pun cekak musang.

Ia sudah menjadi signatur pakaian tradisi sejak zaman berzaman. Walaupun perkembangan fesyen global hari ini memperlihatkan perubahan kepada gaya penampilan busana ini, namun baju Melayu klasik tetap menjadi pilihan.

Selain baju Melayu, butik Spotlight turut menampilkan kurta. Ia turut menjadi pilihan kerana memberikan sedikit kelainan dalam penampilan.

Kurta yang tampil sebagai fesyen kasual hari ini menjadi pilihan generasi muda untuk menyambut Aidiladha nanti.

Ia sesuai digayakan dalam apa jua majlis keraian dan acara. Butik ini menampilkan kurta berkancing di lengan dan kurta potongan tirus, juga di lengan.

Untuk memberikan keselasaan kepada si pemakai, kurta ini tidak berpesak dengan potongan leher cekak musang dan pastinya pakaian ini boleh dipakai bersama seluar slack atau pun denim.

Kepada yang gemar menggayakan kemeja lengan pendek, bolehlah mencuba seleksi linen premium dengan corak flora merah jambu serta biru firus dan fauna, motif burung Taucan.

Untuk melihat pelbagai jenis rekaan fabrik butik Spotlight, bolehlah melayari laman sesawang www.spotlightstores.com.