Diilhamkan oleh dua beradik iaitu Dr. Noriani Daud dan Nurasikin, jenama ini menawarkan lebih enam rekaan skirt sama ada skirt potongan kembang (flare) atau lurus.

Antara yang mendapat permintaan tinggi malah sering digayakan oleh selebriti adalah skirt Satin Flare (kembang).

Rekaan ini paling laris di SkirtbySisters sejak 2014 dengan jualan hampir 10,000 helai setiap bulan. Malah skirt ini menjadi busana pilihan beberapa pelakon wanita seperti Ummie Nazeera dan Emma Maembong semasa membintangi drama untuk slot Akasia dan Samarinda.

Rekaan skirt menggunakan material satin Valentino ini amat sesuai digayakan ke majlis rasmi atau tidak rasmi malah gaya eksklusifnya membuatkan pemakai berasa seperti seorang puteri.

Jika ada yang berminat skirt yang tidak terlalu kembang, SkirtbySisters juga menyediakan pilihan skirt Daily Flare yang bukan sahaja sesuai untuk busana harian malah sesuai untuk digayakan ke pejabat.

Skirt Basic Mermaid pula menggunakan material como crepe direka dengan zip tersembunyi nampak eksklusif jika digayakan dengan blaus yang dilipat ke dalam juga sesuai digayakan ke pejabat.

Sesuai dengan namanya, Aurora Pocket, skirt ini merupakan skirt flare yang mempunyai tambahan poket pada bahagian kanan skirt berkenaan, memberikannya sedikit kelainan berbanding skirt yang ada.

Skirt tersebut menggunakan material diamond crepe ini juga mempunyai zip tersembunyi yang sesuai digayakan untuk sebarang majlis selain didatangkan dengan tujuh warna dan bersaiz S sehingga XL.

Skirt Pocket Pleated pula menggunakan material como crepe mempunyai tambahan saku pada bahagian atas kiri dan kanan namun mempunyai rekaan lisu pada bahagian depan skirt.

Skirt bercorak Jasmine pula merupakan skirt flare satin dengan satu sahaja jahitan lurus pada bahagian belakang juga direka dengan zip yang tersembunyi.